Pada kelas minggu ini, saya rakan-rakan telah mempelajari sesuatu yang baharu iaitu aplikasi Aurasma. Pertama sekali, saya dan rakan-rakan diminta untuk membuat akaun Aurasma. Apabila sudah membuat akaun, Dr Fariza meminta kami mengikuti akaun Aurasma beliau iaitu Fariza Khalid. Saya dan rakan-rakan diminta scan gambar yang terdapat dalam akaun beliau, ternyata timbul animasi dan video di telefon pintar kami. Saya dan rakan-rakan tak sabar-sabar untuk belajar membuatnya pada hari ini.
Dr Fariza memulakan cara-cara mengajar membuat Augmented Reality ini di hadapan. Pelbagai langkah demi langkah diajar dan setelah kami faham, Dr Fariza meminta kami untuk membuat sesuatu yang bergerak dan boleh di scan menggunakan aplikasi Aurasma. Saya berasa gembira kerana saya dapat membuat sesuatu yang bergerak di dalam telefon pintar apabila di scan. Sambil kami membuat grafik untuk Aurasma, Dr Fariza menunjukkan kami laporan penulisan yang telah dilakukan oleh pelajar terdahulu sebagai contoh kami ingin membuat tugasan kumpulan Kesimpulannya, pada hari ini saya dapat sesuatu ilmu yang baru dan boleh digunakan pada masa akan datang.
0 Comments
|