Pada hari ini, kelas tutorial dijalankan seperti biasa. Pembelajaran hari ini ialah Dr Fariza meminta kami membalas ruang komen di blognya. Dr Fariza juga meminta kami saling berbalas komen dengan rakan yang komen di blog tersebut. Saya berasa seronok kerana dapat membalas komen rakan-rakan tentang ilmu yang terdapat dalam blog Dr Fariza.
Setelah itu, saya dan rakan-rakan diajar mengenai Augmented Reality iaitu sesuatu benda yang mati, namun boleh timbul menjadi sesuatu yang nyata. Dr Fariza menunjukkan kami contoh di telefon beliau apa itu Augmented Reality. Seperti biasa, saya pelajar yang paling hadapan ditunjuk terlebih dahulu apa itu Augmented Reality. Dr Fariza menyatakan bahawa beliau akan pergi ke setiap orang untuk melihat dan mencuba Augmented Reality. Pada awalnya, Dr Fariza meletakkan buku di atas meja saya dan meminta saya memegang telefon pintar beliau. Setelah saya scan buku tersebut, saya berasa teruja kerana keluar animasi dan video yang keluar dari buku tersebut. Saya tertanya-tanya bagaimana timbul sesuatu video dan animasi di atas kertas. Dr Fariza tersenyum dan menunjukkan perkara yang sama kepada rakan-rakan saya yang lain. Pelbagai teori diucapkan oleh kami mengenai timbulnya animasi tersebut. Jawapan kami dibalas apabila Dr Fariza menyatakan cara-cara dan aplikasi yang digunakan. Ternyata, aplikasi yang digunakan adalah Aurasma. Dr Fariza meminta kami untuk memuat turun Aurasma di telefon pintar masing-masing. Pembelajaran lebih lanjut mengenai tajuk ini akan diajar pada kelas tutorial seterusnya. Sebelum kelas berakhir, Dr Fariza meminta kami membuat kumpulan untuk tugasan penulisan. Dr Fariza memberi tajuk dengan membuat undian di kertas. Kumpulan saya yang terdiri daripada NurShuhada, Jiran, Yusnita mendapat tajuk Flipped Classroom. Kami diminta untuk mencari maklumat tersebut dan membuat penulisan. Kelas berakhir dengan bersalaman dengan Dr Fariza dan kami menuju ke Kuliah seterusnya di Dewan Budiman.
0 Comments
|