Pada tutorial pertama dijalankan, saya berasa teruja untuk menghadiri kelas Dr. Fariza. Jangkaan saya tepat bahawa Dr Fariza seorang pensyarah yang baik dan peramah. Kami diminta memperkenal diri kepada dirinya untuk beliau mengingat panggilan nama sahaja. Saya berasa seronok sepanjang kelas tutor Teknologi Pendidikan ini berlansung. Aktiviti pada hari ini adalah beliau meminta saya dan rakan-rakan saya memasukkan akaun ke dalam academia. Saya berasa seronok kerana laman web academia ini, saya dapat melihat penulisan artikel, jurnal-jurnal mengenai apa jua bidang pendidikan termasuk pendidikan khas. Jika saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu pendidikan, saya boleh ikuti laman pensyarah di dalam academia. Sesungguhnya, saya berasa teruja akan perkara baru yang diajar oleh Dr Fariza. Saya dan rakan-rakan saya diminta membuat blog Teknologi Pendidikan untuk pembelajaran sepanjang tutorial. Saya memilih weebly untuk membuat blog tersebut. Blog ini merupakan tugaasan individu bagi setiap pelajar dan maklumat-maklumat yang diperlukan terdapat dalam blog ini seperti laman utama, profil diri, refleksi, gambar model dan sebagainya.
0 Comments
|