Pada hari ini khamis, bersamaan 25 Mei 2017, kelas tutorial Dr Fariza mengadakan kelas ganti bagi menggantikan kelas minggu lepas yang memberi laluan kepada Sambutan Hari Guru 2017. Pada hari ini, kami membentangkan tajuk kumpulan masing-masing. Semua pelajar dapat memberi komitmen yang baik semasa sesi pembentangan dijalankan. Saya juga dapat maklumat-maklumat baru daripada Dr Fariza apabila Dr menambah maklumat mengenai tajuk setiap kumpulan pembentangan. Semua pelajar dapat membentangkan dengan baik menggunakan aplikasi Aurasma. Pada akhir kelas, kami bersalam salaman dan bermaaf-maafan dan berdoa agar peperiksaan yang dihadapi akan dipermudahkan oleh Allah.
0 Comments
|