Pada kelas hari ini, saya dan rakan-rakan telah mempelajari sesuatu yang baharu iaitu teknik-teknik fotografi. Teknik-teknik tersebut ialah Depth of Field, Rule of Third, Apertures, Shutter dan sebagainya. Saya berasa sangat teruja dengan pembelajaran baru mengenai teknik bergambar kerana selama ini saya tidak pernah menggunakan teknik ini semasa mengambil gambar. Saya dan rakan-rakan diminta oleh Dr Fariza untuk mengambil 10 gambar menggunakan teknik yang dipelajari. Kami juga diminta untuk membuat kulit buku yang menarik. Tugasan-tugasan ini adalah berbentuk individu. Sewaktu di penghujung kelas, Dr Fariza mengucapkan selamat bercuti mid sem kepada kembali dengan menjaga diri serta berkelapangan untuk membuat tugasan bergambar tersebut.
0 Comments
|