Pada tutorial yang ketiga pula, apa yang menariknya sesi pembelajaran pada hari ini adalah Dr Fariza meminta kami untuk mencari empat penggunaan media untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan. Antara empat media tersebut ialah poster, video, LCD, dan internet. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan beserta tiga ahli. Kumpulan saya terdiri daripada Nurshuhada dan Nurdiha Izany. Kumpulan kami mendapat tajuk poster. Kami diminta oleh Dr Fariza untuk mencari maklumat berkenaan tajuk masing-masing dan membuat pembentangan di hadapan menggunakan power point.
Kami diberi masa 20 minit untuk mencari maklumat dan menyiapkan power point pembentangan yang menarik. Satu perkara yang membuatkan saya bangga dengan diri saya, saya dapat menyiapkan tugasan bersama rakan saya pada masa yang ditetapkan. Sewaktu pembentangan, kami dapat menerangkan dengan baik tajuk kami iaitu Poster. Kesimpulannya, pada hari ini saya dapat lihat jika kita melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan fokus, maka sesuatu kerja dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.
0 Comments
|